Pelakon, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin hadir pada rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya. FOTO AZIAH AZMEE
Pelakon, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin hadir pada rakaman Melodi Raya di Luxury Garden Hall, Cyberjaya. FOTO AZIAH AZMEE
Zaara Talita

 

Kuala Lumpur: Penyanyi Zizi Kirana menafikan dirinya sudah berniqab secara penuh namun masih dalam proses memperbaiki dirinya ke arah lebih baik. 

Zizi atau pemilik nama penuh Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 38, memohon kata-kata positif buat dirinya dalam proses untuk memperbetulkan diri menjadi muslimah yang lebih baik.

"Sebenarnya saya memang suka berniqab, cuma saya tahu kerjaya saya ini belum membolehkan saya untuk ke arah itu (berniqab). 

"Apatah lagi, berniqab ini pun bukan wajib, jadi ia pilihan kita untuk pakai atau tidak. Yang penting kita tidak mencemarkan imej wanita berniqab. Disebabkan itu kita kena berhati-hati. 

"Itu yang bila nampak saya sekejap berniqab dan sekejap tidak, doakanlah saja yang baik-baik. Tak perlu nak komen yang tidak baik," katanya kepada Harian Metro.

Zizi mengulas mengenai penampilannya ketika ditemui baru-baru ini. 

Sementara itu, suami kepada Zizi iaitu pelakon, Yusuf Bahrin mengakui dia terbuka dengan pilihan isterinya dan tidak memaksa Zizi untuk membuat keputusan yang tidak disukai.

"Saya okay sahaja dia pakai niqab atau tidak. Mana-mana yang dia rasa selesa. Selagi dia tahu benda itu bukan perkara yang mendatangkan dosa, saya harap dia dapat mengawalnya sendiri.

"Setakat ini tiada masalah atau sebarang isu. Saya sokong saja isteri saya," katanya. 

Terdahulu, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 3:24 PM