UQASHA Senrose. FOTO arkib NSTP
UQASHA Senrose. FOTO arkib NSTP
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa terkilan apabila menjadi mangsa fitnah seorang individu yang menuduh dirinya pembuli semasa zaman persekolahan.

Uqasha berkata, dia terkejut dan trauma dengan tuduhan yang dilemparkan itu.

"Allahuakbar, Masya-Allah, Subhanallah. Selepas apa yang terjadi pada saya dan suami, ada pula yang fitnah saya sebagai pembuli… Dengan satu gambar itu saya dah di cop sebagai pembuli. Siapa yang tengah buli mental siapa? Dan gambar itu siapa yang ceria?

"Dalam keadaan begini lebih baik saya fokus dengan suami dan diri. Saya masih dalam keadaan terkejut dan trauma apabila difitnah sebagai pembuli," tulisnya dalam satu ciapan di Twitter.

Terdahulu seorang individu di Twitter mendakwa dibuli pelakon berkenaan semasa sekolah menengah sehingga terpaksa berpindah sekolah.

Enggan dirinya terus difitnah, Uqasha tampil membalas ciapan individu itu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa selain menyerahkan segala maklumat untuk pihak polis membuat siasatan.

"Kepada anda yang sudah menabur fitnah teruk, saya akan berjumpa anda. Jangan risau segala maklumat mengenai peribadi anda polis akan jalankan siasatan.

"Allah itu Maha Besar. Anda boleh sekat (block) saya di media sosial tetapi segala bukti perbualan anda kami dah dapat. Dunia ini kecil," katanya.

Uqasha Senrose serah pada polis untuk jalankan sisatan
Uqasha Senrose serah pada polis untuk jalankan sisatan

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2023 @ 4:09 PM