Nabila bersama keluarganya yang menghantar dia dan anak, Jebat Jayden di KLIA.
Nabila bersama keluarganya yang menghantar dia dan anak, Jebat Jayden di KLIA.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Maaf, tanya mana suami Nabila?."

Itu antara komen warganet selepas kelibat suami kepada Noor Nabila iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin tidak kelihatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika isteri dan anak tirinya, Jebat Jayden berangkat untuk menunaikan umrah, semalam.

Sebelum ini tular khabar angin yang mendakwa hubungan mereka dilanda masalah apabila Nabila memadam semua foto bersama Engku Emran termasuk gambar pernikahan mereka serta menukar gambar profil di akaun Instagram.

Kisah hubungan suami isteri yang dikatakan sudah terlerai itu turut tular dan heboh sehingga mendapat perhatian media Indonesia.

Bagaimanapun, sempena ulang tahun kelahiran Nabila yang ke-38 pada September tahun lalu, dia akhirnya menamatkan segala spekulasi apabila memuat naik foto bersama suaminya di Instagram Story.

Di sebalik kekecohan ketiadaan Engku Emran di KLIA, netizen memuji kehadiran bekas suami Nabila yang juga pelakon, Sharnaaz Ahmad apabila setia menemani Jebat sebelum berangkat menunaikan umrah.

Menerusi beberapa video yang tular di TikTok, Sharnaaz turut kelihatan akrab bersama keluarga bekas isterinya itu selain sempat bergambar mesra secara berkumpulan.

Semakan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila hubungan Sharnaaz dengan keluarga bekas isterinya masih baik walaupun sudah berpisah.

Nabila dan Engku Emran berkahwin pada 19 Mac 2021. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya.

Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Nabila (empat dari kanan) bersama keluarga, anak, Jebat Jayden dan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.
Nabila (empat dari kanan) bersama keluarga, anak, Jebat Jayden dan bekas suami, Sharnaaz Ahmad.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2023 @ 5:02 PM