Tash Yong bersama Tik Tok Guru dikenali, Boss Kay. Foto dari Instagram
Tash Yong bersama Tik Tok Guru dikenali, Boss Kay. Foto dari Instagram
Norhayati Nordin


Kuala Lumpur: Pelakon Tash Yong, 33, mengambil pendekatan 'berahsia' mengenai dirinya yang dikatakan kini mengenali hati budi seorang teman istimewa yang dilihat semakin rapat dengannya.

Tash atau nama sebenar Nur Natasha Shazlia Rosli berkata dia gembira menjalani kehidupan sekarang, terutama semakin aktif di media sosial seperti Tik Tok dan Instagram dengan perkongsian video positif.

"Mengenai teman istimewa itu, buat masa ini biarlah rahsia dulu. Nanti bila dah bersedia baru saya akan umum," katanya kepada Harian Metro.

Meninjau ke video di Instagram, Tash berkongsi dia sekarang menjalani kehidupan baru dengan aura yang baru.

"Apabila cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik, rasa baik-baik, fikir baik-baik, InsyaAllah semoga hari akan datang kita hadir dengan perkara baik-baik. Apapun, jangan fikir masalah," katanya.

Video dikongsi di Instagram itu juga menunjukkan Tash bersama Tik Tok Guru dikenali Boss Kay atau nama sebenar Khaireel Azlee Abdul Aziz yang difahamkan memperkenalkan tanda pagar #SahabatBossKay di Tik Tok.

Terdahulu, Tash juga tampil memohon maaf dan menjelaskan tindakannya yang sudah memakai tudung lagi disebabkan iman yang tidak cukup kuat.

Katanya, walaupun sekarang dia tidak lagi memakai tudung, tapi itu bukan bermakna akan berbuat demikian selamanya kerana masih lagi cuba memperbaiki diri semula.

Terdahulu, Tash mula memakai tudung ketika sambutan Aidiladha pada September 2020 lalu dan pernah mengharapkan dirinya terus istiqamah bertudung ketika itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Februari 2023 @ 12:42 PM