Fuad dan Tom
Fuad dan Tom
Zaara Talita


Kuala Lumpur: Penyanyi, Tom mendedahkan kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine cuba menghubungi suaminya, Fuad Rahman bagi mendapatkan bantuan.

Tom berkata, Sarah menghantar mesej secara peribadi di Instagram bertalu-talu pada Isnin lalu namun tidak dibalas oleh Fuad. 

"Alamak kenapa pula Sarah Yasmine mesej laki aku? Fuad beritahu saya dia dapat mesej dan dia call banyak kali.

"Sarah Yasmine, kita orang tak nak masuk campur, Fuad tak nak masuk campur hal apa yang terjadi sekarang ni. Kes viral ni kita orang tak nak masuk campur.

"Kita orang ada masalah kita orang sendiri, baju pun tak berlipat lagi. Jadi kita orang banyak masalah sendiri yang kami sendiri pun sakit kepala nak uruskan.

"Fuad tak nak masuk campur hal-hal orang lain. Tolong berhenti mesej suami saya dan berhenti hubungi suami saya. Ini amaran daripada saya. Kami tak nak masuk campur, tolong," katanya.

Tom berkata, dia dan suaminya memilih untuk tidak mencampuri isu yang sedang menjadi bualan hangat ketika ini.

Menerusi muat naik di Instagram, Tom atau nama sebenarnya  Raja Farah Azal Raja Ikram, mendedahkan perbualan mesej di mana Sarah Yasmine ada berhubung dengan Fuad.

Menerusi pendedahan Tom itu, kali pertama Sarah Yasmine menghantar DM kepada Fuad adalah pada Oktober 2022.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 April 2024 @ 6:03 PM