RAJA Jastina (tiga, kiri), dan Hairul Sofian (tengah), bergambar bersama  pelakon yang meminjamkan suara bagi watak animasi ketika sidang media dan pelancaran" Didi and friends The Movie", baru-baru ini.
RAJA Jastina (tiga, kiri), dan Hairul Sofian (tengah), bergambar bersama pelakon yang meminjamkan suara bagi watak animasi ketika sidang media dan pelancaran" Didi and friends The Movie", baru-baru ini.
Ramlah Zainal


SELEPAS 12 tahun mengukuhkan jenamanya, siri animasi popular Didie & Friends bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Februari ini.

Diterbitkan oleh Astro Shaw, Warnakala Studios dan Digital Durian dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Didi & Friends The Movie tampil berbeza dan menjanjikan animasi yang bukan saja menarik minat kanak-kanak tetapi juga penonton dewasa.

Didie & Friends The Movie turut mencatat sejarah apabila menjadi filem animasi pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama dengan Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) untuk pembikinan lagu dan muzik latar orkestra dalam filem ini.

Sebanyak enam lagu dirakamkan bersama MPO/DFP yang berjudul Hora Horey, Manet, Torra, Percaya, Percaya Reprise dan Hora Horey Instrumental.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, selepas melihat kejayaan dan sambutan luar biasa terhadap filem animasi tahun lalu, mereka bersedia untuk membawakan satu lagi filem animasi terbaru ini.

"Kami tidak berfikir dua kali untuk terbabit dalam usaha sama ini kerana percaa ia mampu menghasilkan karya terbaik serta memberi sokongan pada industri animasi tempatan.

Kami yakin Didie & Friends The Movie bakal menambat hati penonton dengan kualiti produksinya serta kandungan yang dipersembahkan berbeza dengan Didie & Friends terdahulu yang hanya memberi tumpuan pada lagu," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran filem itu di Panggung Asia, Jalan Gombak di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios, Hairul Sofian.

Sementara itu, Hairul berkata, pihaknya percaya kerjasama adalah faktor penting dalam penghasilan karya yang terbaik.

"Astro Shaw antara perintis dalam industri perfileman menjadi rakan strategik Warnakala Studios dalam penerbitan filem ini. Selain itu, MDEC dan Digital Durian juga memberi sokongan sejak dari hari pertama Didi & Friends bermula.

"Kami juga sangat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MPO/DFP dalam pembikinan lagu untuk filem ini, yang dipimpin oleh Saiful Ridzuan (Duan) sebagai Pengarah Muzik yang berbakat besar serta berpengalaman luas. Lagu-lagu 'catchy' dalam filem ini saya pasti bakal menjadi tular," katanya.

Mengulas mengenai pembikinan animasi Didie & Friends The Movie pula, kata Sofian ia membabitkan kos produksi sebanyak RM6 juta.

"Barisan artis popular yang meminjamkan suara mereka untuk watak baru dalam animasi ini ialah Datuk Awie (Tok Chip) Amelia Henderson (Kapten Zoey), Waris (Torra) dan pelakon veteran Ruminah Sidek (Nek Kura).

"Selain itu, animasi ini mengekalkan barisan pelakon suara watak asal Didi, Nana, Jojo, Pak Atan, Pak Beruang dan lain-lain," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2023 @ 6:44 AM