BLACKPINK dicalonkan dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik.
BLACKPINK dicalonkan dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik.
Georgie Joseph


Pembukaan tahun 2023 buat BLACKPINK nampaknya cukup indah apabila menerima pencalonan sulung pada acara berprestij Anugerah BRIT untuk edisi tahun ini.

Baru-baru ini, Industri Fonografi British (BPI) mengumumkan calon-calon untuk anugerah terbabit bagi 2023. Anugerah berkenaan tidak asing lagi menjadi antara yang ditunggu-ditunggu saban tahun kerana cukup berprofil tinggi.

Sungguh membanggakan, BLACKPINK tidak ketinggalan mendapat perhatian untuk acara pengiktirafan itu kali ini. Sekali gus mencipta sejarah tersendiri dalam industri muzik K-Pop khususnya.

Pada acara itu, BLACKPINK dicalonkan dalam kategori Kumpulan Antarabangsa Terbaik. Kumpulan itu menjadi satu-satunya artis dari Korea yang mendapat pencalonan di BRIT kali ini selain artis K-Pop wanita pertama lolos pencalonan di sana.

Untuk kategori berkenaan, BLACKPINK akan berentap dengan penyanyi rap tersohor Amerika Syarikat (AS) iaitu Drake & 21 Savage. Selain itu First Aid Kit, Fontaines D.C., dan Gabriels.

Anugerah terbabit dijadualkan berlangsung pada 12 Februari nanti bertempat di The O2, London dan dihoskan Mo Giligan. Barisan penghiburnya bagaimanapun masih belum dikongsikan setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 January 2023 @ 6:11 AM