Syafil Syazwan Jefri


PELAKON dan penyanyi, Daiyan Trisha, 29, meluahkan rasa terkilan dengan sikap ses

etengah pihak yang menuduh dia ditaja 'sugar daddy'.

Tuduhan itu dilemparkan kerana beberapa pencapaian yang dicapai Daiyan antaranya memiliki rumah idaman dalam usia yang masih muda.

"Mungkin mereka merasakan bahawa pencapaian saya tak sepadan dengan apa yang saya ada sekarang. Entahlah.

"Mungkin mereka tak 'follow' (ikut di media sosial), tapi peminat tak pernah persoalkan sebab peminat saya tahu, saya orang yang bagaimana," katanya.

Menurut Daiyan, ia adalah tuduhan yang berat dan mengguris hatinya.

"Bila orang cakap saya ada 'sugar daddy', saya terasa sikit. Saya terkilan sebab saya dah bekerja keras. Penat saya kerja, orang cakap saya ada 'sugar daddy'.

DAIYAN Trisha terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
DAIYAN Trisha terkilan dengan tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

"Ia satu tuduhan berat yang melukakan hati. Ia juga menunjukkan bahawa persepsi orang, kalau seseorang wanita itu berjaya, mesti ada 'benda' lain dan bukan disebabkan usaha, bakat atau cara dia membawa diri.

"Kenapa mesti begitu? Kenapa bila lelaki berjaya, tak ada pun orang yang menuduh dia ada 'sugar mommy'. Tapi, saya okay saja dan faham sebab kadangkala, mereka pun ada persoalan antara satu sama lain," katanya.

Terbaharu, Daiyan kini membintangi drama bersiri Projek High Council yang akan mula ditayangkan pada 14 Januari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2023 @ 6:30 AM