SYURA Badron
SYURA Badron
Syafil Syazwan Jefri

 

"Saya tak perlu pun 'sugar daddy' untuk buat perniagaan. Saya pakai duit simpanan untuk buat semua ini,".

Itu jawapan balas penyanyi, Syura Badron selepas ditanya samada dia ditaja oleh 'sugar daddy' untuk membuka perniagaan.

Syura berkongsi tangkap layar mesej daripada individu yang tidak dikenali di Instagram yang meluahkan perasaan sedih tatkala dihentam dengan fitnah itu.

"Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila difitnah macam ni. Rezeki saya dalam bidang seni tidak menyebelahi saya. 'Kabel' pun tak ada.

"Tapi saya tak putus asa. Macam-macam yang saya buat. Berlakon, melawak, pengacaraan, semua saya buat," katanya.

Menurut Syura, dia juga sedar akan kedudukannya di dalam industri dan hanya berjuang untuk mencari rezeki halal.

"Saya sedar kedudukan saya dalam industri ini. Tapi, sekurang-kurangnya saya berjuang untuk mencari rezeki. Bukan ambil cara mudah dengan dapatkan duit daripada 'sugar daddy'.

"Saya masih bertatih dalam bidang perniagaan. Mendoakan lebih baik daripada memfitnah seperti ini. Tak apalah. Kata-kata awak tak menjadi kudis pun untuk saya. Terima kasih," katanya.

Bagi mengubat hatinya yang terluka dengan fitnah daripada individu itu, beberapa jam lalu, Syura memuat naik video khas untuk mereka yang suka menyebarkan fitnah.

"Video ini khas untukmu yang suka memfitnah, suka berburuk sangka dengan orang!" tulisnya di ruangan kapsyen.

Video lucu itu diulang tonton lebih 24,000 tontonan di samping menerima ratusan komen daripada pengikutnya di platform itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 January 2021 @ 4:15 PM