SHUIB
SHUIB
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui rimas apabila kerap diajukan soalan mengenai pengganti yang akan mengisi hatinya.

Bagaimanapun, Shuib melihat setiap pertanyaan yang dianggap kurang sensitif itu dari sudut positif.

"Rimas juga. Kadang-kadang saya jadi sensitif. Bila saya keluar, orang tanya 'dah ada pengganti? Ia sangat sensitif. Bukan apa, kadang-kadang dalam hidup kita, kalau kita sedih atau apa, bukan orang tahu.

"Saya pun tak tahu nak cakap, sama ada orang tak faham atau apa. Tapi, saya lihat dari sudut positif, mungkin orang ambil berat," katanya.

Ditanya mengenai spekulasi hubungannya dengan wanita dikenali sebagai Watie Hanifiah, Shuib juga terkilan dengan sikap sesetengah individu yang suka membuat andaian sendiri.

"Walaupun belum tahu dia orang yang bagaimana, orang luar sudah mula membuat spekulasi.

"Muka garang? Saya tak fahamlah bila ada yang kata, 'ini kalau jadi mak tiri, mesti garang'. Orang dah menghakimi terlebih dulu," katanya.

Katanya, ketika artis lain berkahwin semula selepas kematian pasangan, tidak pula timbul sebarang isu.

"Mungkin mereka ambil berat mengenai saya. Apa pun, dalam rumah tangga, hanya kita yang tahu dan orang luar nampak luaran saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 2:34 PM