REVENGE of Other dibintangi barisan pelakon hebat.
REVENGE of Other dibintangi barisan pelakon hebat.
SHIN Yeeun pegang watak Chanmi yang menyiasat perkara di sebalik  kematian abangnya.
SHIN Yeeun pegang watak Chanmi yang menyiasat perkara di sebalik kematian abangnya.
Syafil Syazwan Jefri


Pembalasan dendam kerap kali menjadi falsafah utama dalam sesuatu karya aksi tidak kira filem mahupun drama bersiri.

Di platform Disney+ Hot Star, muncul drama bersiri dari Korea Selatan berjudul Revenge of Other mengisahkan mengenai pembalasan dendam yang sarat aksi dan kisah remaja.

Dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Shin Yeeun, Lomon, Seo Jihoon, Chung Subin dan Lee Soomin, Revenge of Other yang ditulis oleh Lee Heemyung mendapat sentuhan pengarah Kim Yujin.

Shin Yeeun memegang watak sebagai Chanmi berkongsi mengenai transisi karakter itu.

"Chanmi adalah atlet menembak berjaya di sekolahnya dan ingin melangkah lebih jauh dalam bidang itu.

"Selepas mendapat tahu berita kematian abangnya, dia berubah menjadi Chanmi dengan sisi gelap yang berbeza.

"Sebelumnya, dia adalah seorang yang ceria, tapi selepas dia cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku di sebalik kematian abangnya, saya boleh gambarkan Chanmi berubah menjadi lebih kuat. Chanmi adalah saya dan saya adalah Chanmi," katanya.

Dia yang pada awalnya ragu-ragu untuk menjayakan watak Chanmi mengambil inisiatif untuk melakukan latihan kecergasan serta latihan menembak.

"Pada awalnya, saya tertanya-tanya, sama ada saya mampu atau tidak untuk menjayakan watak ini kerana bentuk fizikal saya pun tidak terlalu nampak seperti atlet.

REVENGE of Other dibintangi barisan pelakon hebat.
REVENGE of Other dibintangi barisan pelakon hebat.

"Jadi, sebagai persediaan, saya mula lakukan latihan kecergasan di samping latihan menembak kerana menembak menggunakan pistol sebenar memang berat," katanya.

Selain Yeeun, seorang lagi pelakon, Lomon yang memegang watak sebagai Ji Sooheon turut mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan watak yang dilakonkan berkesan.

"Untuk menjayakan watak sebagai peninju hebat seperti Sooheon, saya menghabiskan banyak masa melakukan persediaan untuk latihan dan sebagainya sebelum penggambaran bermula.

"Beberapa bulan sebelum itu, saya sertai kelas aksi yang berlangsung tiga hingga empat kali dalam sebulan. Pada awalnya, tumbukan dan beberapa langkah pertarungan saya nampak kekok.

"Jadi, saya banyak habiskan waktu pada awal pagi di Sungai Han dan lakukan latihan kendiri di situ. Saya nak berikan lakonan terbaik untuk watak ini memandangkan ia membabitkan perasaan ingin membalas dendam," katanya.

Ketika diminta berkongsi mengenai perwatakan Sooheon yang dari dasarnya, nampak seperti 'budak baik', Lomon berk

ata, Lomon digambarkan seperti remaja yang ada kisah keluarganya sendiri.

"Ji Sooheon adalah gambaran remaja yang ada segalanya, baik dari sudut pelajaran dengan gred yang bagus, hebat dalam bersukan dan popular di sekolah.

"Tapi, pada masa sama, dia perlu bekerja sambilan untuk menampung kehidupannya dan membayar bil perubatan ibunya yang sangat.

"Disebabkan insiden yang berlaku, dia cuba membalas dendam untuk sahabatnya. Dia adalah orang yang handal bertarung sebab dia juga adalah peninju," katanya.

Pengarahnya, Kim Yujin berkata, karya ini mengambil masa tiga tahun untuk ideanya dikembangkan.

"Siri ini ditulis oleh Lee Heemyung, yang saya pernah berkolaborasi dengannya dalam Reunited Worlds. Dari situ idea untuk menghasilkan karya kali ini muncul.

"Ia mengambil masa sekitar tiga tahun untuk kami membuat persiapan sebelum siap sepenuhnya. Secara peribadi, saya sentiasa ingin cuba menghasilkan cerita mengenai kisah remaja dan seperti Lee kemudian hasilkan kisah mengenai pelajar sekolah tinggi," katanya.

Yujin berharap, Revenge of Others dapat membuka mata penonton untuk melihat bagaimana pembalasan dendam mampu membawa seseorang individu itu berubah dari segi perwatakan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2023 @ 6:30 AM