Anita Baharom.
Anita Baharom.
Najiy Jefri

 

Kuala Lumpur: Hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon, Anita Baharom dilaporkan bakal  mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Engku Isyamuddin Tuan Losin pada 22 Disember ini.

Majlis pernikahan pasangan itu dikatakan bakal berlangsung di sebuah dewan di Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi sama.

Anita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ismadi. 

Perkahwinan yang dibina lebih 16 tahun diuji apabila suaminya meninggal dunia pada 1 Januari lalu. 

Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata mereka, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Iskandar. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Disember 2022 @ 2:24 AM