NAD Zainal. FOTO Arkib NSTP
NAD Zainal. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Pelakon, Nad Zainal masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di Ampang, di sini, dan dalam proses pemulihan.

Pelakon, Ungku Ismail Aziz yang berkongsi keadaan terkini Nad di Instagram Story malam tadi turut mengajak mereka yang mengenali Nad untuk terus kuat bersamanya.

"Perkembangan tentang Nad Zainal kini, dia masih di ICU, masih dalam pemulihan.

"Alhamdulillah. Ramai yang kenal semangat Nad yang kuat, moga bersama-sama dia kuat dan terus mendoakan dia," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Ismail juga turut memohon agar semua pihak terus berdoa supaya Nad diberikan kesembuhan.

"Jangan lupa untuk sentiasa titipkan doa agar dia kembali sembuh dengan paru paru yang sihat seperti sedia kala.

"Moga Allah lenyapkan segala penyakit dan kesakitan yang ada pada dia. Moga paru-parunya baik, pulih dari segala akibat penyakit itu," tulisnya.

Ismail seterusnya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menyalurkan sumbangan untuk membiayai kos perubatan dan rawatan Nad.

"Juga, terima kasih kepada semua yang sudah menyumbang untuk rawatan perubatan dan rawatan Nad. Sebahagian sudah pun disalurkan kepada urusan pembayaran, sementara menanti jumlah selanjutnya.

"Tabung kecemasan ini akan ditutup pada Isnin ini. Moga Allah ampunkan dosa kamu semua, dan dikurniakan rezeki melimpah-ruah dan dikabulkan hajat hajat tuan puan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2022 @ 12:35 PM