Bertemakan cinta dan genre pop, bait-bait lirik dalam lagu ‘Warna Warni’ ini bakal menarik perhatian pendengar. - FOTO TV3 Malaysia
Bertemakan cinta dan genre pop, bait-bait lirik dalam lagu ‘Warna Warni’ ini bakal menarik perhatian pendengar. - FOTO TV3 Malaysia
Nur Amirah Abd Rani

GANDINGAN hebat naib juara Anugerah Juara Lagu 35, Aina Abdul dan penyanyi baharu Daniesh Suffian dalam penghasilan single pertama mereka bermula hanya dengan satu pertemuan yang penuh 'Warna Warni'. 

Single terbaru dengan tajuk 'Warna Warni', ini adalah hasil usaha sama antara Monkey Bone Records dan platform penstriman filem, tonton CINEMA.

Lagu 'Warna Warni ini mula diperdengarkan kepada peminat menerusi Youtube 18 Jun lalu adalah hasil ciptaan tiga komposer terkenal dan penulis lirik berpengalaman Mas Dewangga, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Bertemakan cinta dan genre pop, bait lirik dalam lagu 'Warna Warni' ini bakal menarik perhatian pendengar dengan gabungan mantap nada tinggi Aina Abdul, ditambah dengan suara merdu Daniesh Suffian.

Lagu ini dijangka bakal mendapat sambutan hebat daripada pendengar muzik tanah air melalui gandingan hebat dua penyanyi dengan ribuan peminat dalam talian dimana pengikut Instagram Aina Abdul mencapai 370,000. 

Image

Tidak kurang Daniesh Suffian yang kian hari mempunyai pengikut hingga mencecah lebih 90,000 dan lebih menarik, lagu ini diangkat menjadi lagu rasmi tonton CINEMA.

Mula diperkenalkan 14 Mac lalu, tonton CINEMA menempatkan ratusan filem tempatan terbaik di bawah satu platform. 

Model pay-per-view (PPV) tonton CINEMA memberikan penonton kebebasan untuk memilih sebelum membuat pembayaran bagi menonton filem kegemaran.

Tonton CINEMA boleh ditonton menerusi laman sesawang https://cinema.tonton.com.my/ dan aplikasi tonton yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 4:49 PM