Fazura syukur Faztival Fazura 2022 dapat sambutan. FOTO Ehsan Echoliapictures
Fazura syukur Faztival Fazura 2022 dapat sambutan. FOTO Ehsan Echoliapictures
Ridzuan Abdul Rahman

 

Bukit Jalil: Pelakon dan usahawan, Nur Fazura Sharifuddin gembira apabila penganjuran konsert sulungnya, Faztival Fazura 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, di sini  malam tadi mendapat sambutan hebat peminat. 

Fazura juga tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu Malaysia Book of Records pada malam itu iaitu The Largest 'Tudung Fazura' Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

"Saya bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri oleh ramai peminat dan penyokong saya," katanya. 

Konsert Faztival Fazura menampilkan persembahan daripada Datuk M Nasir, Datuk Awie, Ella, Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan  Amir Masdi.

Turut mengadakan persembahan ialah Mulan Jameela dan Ahmad Band dari Indonesia.

Fazura sendiri turut tampil menghiburkan peminat menerusi lagu-lagu medley popularnya dan diakhiri dengan gubahan semula lagu Jika Cinta Allah yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.

Sebagai tanda sokongan terhadap isterinya, pelakon Fattah Amin juga turut terbabit dalam konsert ini. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 September 2022 @ 8:03 PM