KANG Ki Young akui banyak belajar daripada watak lakonannya. - FOTO Google
KANG Ki Young akui banyak belajar daripada watak lakonannya. - FOTO Google
HM Digital

FENOMENA dicetuskan drama Extraordinary Attorney Woo memberikan angin baharu dalam penerbitan drama Korea Selatan. Kisah mengenai peguam autism yang hebat itu jelas menyentuh hati penonton.

Impaknya turut terpalit kepada pelakon berpengalaman Kang Ki Young yang menjayakan watak peguam senior sebagai Myung Seok dalam drama terbabit.

Menurutnya, dia sebenarnya banyak belajar daripada wataknya.

"Semestinya terdapat beberapa aspek yang memperlihat Myung Seok tampak sangat baik hati. Bukan semua orang boleh menjadi bagus dan jikalau seseorang itu baik, tidak semestinya hubungan baik mudah terjalin.

"Bagaimanapun, saya lakonkan watak itu dengan kepercayaan bahawa masih ada ramai rakan sekerja senior yang baik dalam masyarakat. Itu yang saya sangat percaya dan kita akan bertemu mereka kalau kita benar-benar cari," katanya.

Kang Ki Young turut kagum dengan pelakon utama gandingannya iaitu Park Eun Bin. Bukan saja belajar banyak perkara sebagai watak dalam drama, bahkan di luar set pun dia mendapat pengajaran baharu dari Park Eun Bin.

"Corak lakonan serta usahanya untuk menjadikan atmosfera di set penggambaran jadi lebih hidup sangat-sangat mengagumkan. Eun Bin sentiasa menjadi tunjang terbaik jika saya rasa rasa buat silap atau salah di mana-mana," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Ogos 2022 @ 6:38 AM