SYAFIQ (lima dari kiri) bersama pelakon Abang Long Fadil 3. FOTO Aziah Azmee
SYAFIQ (lima dari kiri) bersama pelakon Abang Long Fadil 3. FOTO Aziah Azmee
Najiy Jefri


FILEM francais komedi aksi, Abang Long Fadil kini bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei dengan sekuel terbaharunya, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September depan.

Filem terbitan Skop Productions dan Astro Shaw itu menjanjikan jalan cerita lebih padat, aksi memukau, komedi pecah perut, barisan pelakon terkenal serta kualiti produksi yang boleh dibanggakan.

Abang Long Fadil 3 sekali lagi mendapat sentuhan dan idea asal oleh pengarah berkaliber, Syafiq Yusof yang terkenal dengan filem pecah panggung selain digelar pengarah yang suka tampil dengan pelbagai plot 'twist' seperti dalam karya Abang Long Fadil, Misteri Dilaila, KL Special Force dan Penunggang Agama.

Menariknya mengenai Abang Long Fadil 3, kelainan yang dibawakan kali ini adalah penyatuan kumpulan lawak popular Jozan iaitu Zizan Razak dan Johan selepas setengah dekad.

Selain Zizan dan Johan, filem itu turut dibintangi pelakon terkenal seperti Elizabeth Tan, Maya Karin, Datuk AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman dan Siraj.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, melihat reaksi penonton dan kejayaan industri perfileman di pawagam pihaknya percaya filem tempatan sentiasa mempunyai ruang untuk terus berjaya.

"Kepercayaan penonton terhadap filem tempatan sentiasa ada, cuma mereka lebih cenderung menantikan filem yang baik dan berkualiti. Kejayaan filem tempatan itu juga secara tidak langsung turut memberi nafas baharu buat pengkarya untuk melangkah lebih jauh.

"Kini tiba giliran Astro Shaw dan Skop Productions kembali dan bersedia untuk mencipta fenomena tersendiri menerusi Abang Long Fadil 3. Di samping itu, kami juga merangka strategi pemasaran yang kreatif bagi menambahkan lagi keterujaan penonton dalam menantikan filem francais popular ini pada bulan depan.

PENYATUAN Zizan dan Johan bakal menggegarkan pawagam dengan aksi penuh memukau. FOTO Aziah Azmee
PENYATUAN Zizan dan Johan bakal menggegarkan pawagam dengan aksi penuh memukau. FOTO Aziah Azmee

"Sebagai permulaan, kami melancarkan kempen 'Sama Tak Serupa'. Selain itu, kami rasa amat berbesar hati turut berpeluang menjalinkan kerjasama bersama penaja, di samping kerjasama erat bersama pemam

er dan mendapat sokongan padu daripada pelbagai platform di Astro.

"Kami mengharapkan Abang Long Fadil 3 yang menjadi pembuka untuk filem Astro Shaw selepas dua tahun tiada produk di pawagam, dapat membantu mengubah momentum industri perfileman ke arah satu paradigma yang baharu," katanya.

Sementara itu, Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam melahirkan rasa gembira apabila filem pecah panggung itu bakal menemui penonton selepas menjalani penggambaran pada 2019.

"Kami percaya kini adalah masa tepat untuk tampilkan Abang Long Fadil 3 dan menambahkan lagi keyakinan kami apabila melihat sambutan luar biasa penonton serta peminat terhadap filem tempatan baru-baru ini.

"Abang Long Fadil 3 menjanjikan kelainan di mana ia mempersembahkan arah tuju yang lebih mantap. Peminat francais Abang Long Fadil dapat melihat transisi karya ini daripada filem pertama pada 2014, kemudian sekuel pada 2017 sehingga filem terbaharu ini.

YUSOF FOTO Aziah Azmee
YUSOF FOTO Aziah Azmee

"Malah, kemunculan watak baharu juga menyerikan dan memberi nafas baharu kepada francais ini. Kami harap kehadiran Abang Long Fadil 3 pada 8 September depan mampu merancakkan lagi industri perfileman Malaysia," katanya.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil (lakonan Zizan) kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan

konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Ogos 2022 @ 6:04 AM