Fasha bersama baby Bunga.
Fasha bersama baby Bunga.

Kuala Lumpur: Pelakon Fasha Sandha, 38, mendedahkan bayi perempuan yang baharu dilahirkan adiknya Elisya Sandha hari ini dinamakan Bunga El Haq.

Fasha tumpang gembira serta menitipkan ucapan tahniah buat Elisya serta ibu mentuanya juga pengarah Sheila Rusly.

"Syukur alhamdulillah. Tahniah Uzair Haqimy dan adik saya Elisya. Syukur, allahuakbar cantiknya 'baby' Bunga El Haq. Selamat datang ke dunia sayang ibu.

"Cantik dan sihat baby Bunga. Syukur, selamat berpantang Elisya. Tahniah Nana Sheila Rusly, nani Mama Sandha dapat cucu . Syukur Alhamdulillah," katanya.

Elisya selamat bersalin bayi perempuan pada jam 8.40 pagi di sebuah hospital swasta di sini, hari ini.

Ibu mentuanya, Sheila turut berkongsi kegembiraan mengucap syukur dan sangat teruja menimang cucu dan menerima ahli baharu dalam keluarganya itu.

Menurutnya, dia ada mimpi cucunya lahir dan terus bagi nama.

Katanya dia akan gunakan nama itu dan hanya akan dikongsikan Elisya serta suaminya selepas dilahirkan.

Elisya dan Uzair Haqimy atau Haq berkahwin pada Ogos tahun lalu.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 9:08 PM