Elvina bersama keluarganya.
Elvina bersama keluarganya.
Georgie Joseph


Kuala Lumpur: Pelakon Datin Elvina Mohamad, 27, reda apabila tiada rezeki untuk menimang anak kedua selepas kandungannya yang memasuki usia tiga bulan mengalami keguguran.

Elvina berkata, dia dan suami, Datuk Mohd Haniff Borhan diberitahu doktor degupan jantung bayi dalam kandungannya terhenti seminggu sebelum Aidilfitri lalu.

"Doktor cakap biasanya ia akan keluar sendiri secara semula jadi. Ketika mula-mula tahu degupan jantung bayi sudah terhenti, memang rasa 'down' sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini. Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah," katanya.

Pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis itu berkata, dia perlu jalani prosedur tertentu selepas mengalami kesakitan pada perut akibat keguguran.

"Semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor melakukan prosedur untuk membersihkan rahim hari ini," katanya.

Elvina dan Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Karl Mateen, 3.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 4:21 PM