ZULIN bersama suami ketika berada di KLIA.
ZULIN bersama suami ketika berada di KLIA.
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: Pelakon, penyanyi dan pengacara, Zulin Aziz berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah buat pertama kali sebagai suami isteri bersama suaminya, Farhan Norzaini.

Dalam hantarannya di Instagram, Zulin yang berangkat hari ini memohon doa agar perjalanannya bersama Farhan dipermudahkan.

"Saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci menunaikan umrah dan menjalani ibadah puasa di sana.

"Doakan urusan kami dipermudahkan dan selamat perjalanan pergi dan balik kami. Semoga mendapat umrah yang makbul, Insya-Allah," tulisnya.

Dalam hantaran sama, Zulin turut memuat naik gambar dia bersama suami ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Terdahulu, Zulin ketika ditemubual di majlis persandingannya berkata, umrah kali ini umpama mengimbau kenangan ketika dilamar oleh suaminya.

Zulin dan Farhan diijabkabulkan pada 20 Februari lalu selepas berkenalan selama dua tahun sebagai rakan kongsi perniagaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 April 2022 @ 3:47 PM