ZULIN. FOTO Arkib NSTP
ZULIN. FOTO Arkib NSTP
Zaara Talita

Kuala Lumpur: "Content, marketing, prank? Benda-benda bodoh sewaktu dengannya untuk apa? Saya tak ada lagu nak keluar, tak ada produk nak launch. Hal macam ini orang gila saja buat gurauan. Tolong hentikan.

"Saya mohon doa. Hanya Doa. Mental saya dah cukup koyak. Cukup-cukuplah jangan ditambah."

Demikian ulas pelakon dan pengacara, Zulin Aziz menegaskan perkongsian mengenai rumah tangganya dengan Farhan Norzaini di Instagram bukanlah sekadar gimik atau 'content' seperti yang didakwa segelintir netizen.

Mohon hentikan sebarang spekulasi, Zulin berkata hanya orang tidak waras sahaja menjadikan hal rumah tangga sebagai bahan gurauan.

Malah, Zulin yang tidak memperincikan butir masalah yang dihadapi berharap mereka berdua menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa akan datang biarpun membawa haluan masing-masing.

KENYATAAN dimuat naik Zulin di Insta Story.
KENYATAAN dimuat naik Zulin di Insta Story.

Tiada sebarang penjelasan, Zulin bagaimanapun berharap dia dan suaminya akan menjalani kehidupan yang lebih baik di masa hadapan dengan membawa haluan masing-masing.

Terdahulu, Zulin memuat naik perkongsian di Instagram pagi ini seakan-akan memberi bayangan mengenai rumah tangganya dengan suami, Farhan sudah berakhir.

Zulin mendirikan rumah tangga dengan Farhan pada 20 Februari tahun lalu dan aktres itu pernah mengalami keguguran anak pertama pada Ogos tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 4:51 PM