Agensi

London: Anggota kumpulan The Wanted, Tom Parker, 33, meninggal dunia akibat barah otak, semalam.

Isterinya, Kelsey Hardwick mengesahkan berita duka itu menerusi Instagram.

"Hancur hati kami semua. Tom ada dunia kami. Kami tak dapat bayangkan hidup tanpa senyuman manis dan penampilan bertenaganya.

"Kami sangat berterima kasih atas kasih sayang dan sokongan tak terhingga dan memohon kita semua bersatu memastikan cahaya Tom terus bersinar demi anak-anaknya. Terima kasih semua yang menyokong dan ambil berat mengenainya. Dia berjuang kuat sehingga ke akhir hayatnya. Saya selamanya bangga dengan kamu," katanya.

Parker dan Hadwick berkahwin pada 2018 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aurelia, 2; dan Bodhi yang kini berusia setahun.

Pada Oktober 2020, Parker mengumumkan dia menghidap barah otak.

Walaupun sedih dengan berita itu, dia kuatkan diri untuk menjalani rawatan.

Pada Januari tahun lalu, dia memberitahu berita gembira bahawa saiz ketumbuhan dalam otaknya sudah mengecil.

Anggota lain The Wanted iaitu Max George, Siva Kaneswaran, Nathan Sykes dan Jay McGuiness turut merasai pemergian Parker itu.

Kumpulan terbabit ditubuhkan pada 2009 dan popular dengan lagu Glad You Came dan All Time Low. Mereka juga pernah mengadakan konsert di Malaysia beberapa kali.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2022 @ 3:10 PM