TIRO muncul juara MLM 2021 selepas mengetepikan 4 pencabar lain.
TIRO muncul juara MLM 2021 selepas mengetepikan 4 pencabar lain.
Sudirman Mohd Tahir


 

Putrajaya: Kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini muncul juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Mereka menewaskan empat finalis lain iaitu BORO (Achey, Atu dan Fad); PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali); TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif); dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).

Kemenangan itu sekaligus melayakkan mereka membawa pulang RM500,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua pula menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah  trofi.

Kumpulan BORO berada di tempat ketiga dengan hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi.

Sementara di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi.

Berada di kedudukan terakhir ialah kumpulan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 dan sebuah trofi.

Pada pentas akhir yang bertemakan Muzikal dan Bebas itu, kesemua peserta perlu membuat dua tugasan dan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.

Juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Program yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) sejak 15 Oktober lalu dan bersiaran selama 10 minggu dihoskan oleh pengacara Datuk AC Mizal.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 12:24 AM