Noraniza Azmi

KISAH romantik komedi berjudul Kari Ayam Mama ini berkisarkan mengenai Nia, seorang gadis cantik yang sentiasa menjaga penampilan dan seringkali mendapat perhatian lelaki.

Namun, Nia masih tidak boleh menerima kehadiran teman istimewa dalam hidupnya. 

Rash pula adalah jiran baharu Nia dan mereka sering bergaduh sejak kehilangan pokok daun kari milik Nia.  

Image

Bagaimanapun, lama-kelamaan hati Nia mula tertarik kepada Rash dan Nia mula mempelajari masakan kari dengan jirannya yang berbangsa India, Malar. 

Hasil gabungan resepi kari Melayu dan resepi kari India hasil air tangan Nia berjaya memikat hati Rash. 

Apakah pengakhiran kisah Nia dan Rash? Adakah cinta mereka akhirnya bersatu? Jangan lupa untuk saksikan telefilem menarik lakonan Amyra Rosli, Izzue Islam, Melissa Tan dan Ranjini di TV9 pada jam 9.30 malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 November 2021 @ 3:17 PM