(Kanan ke kiri) Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Antarabangsa, KC Hoe (Hoe Kian Choon) bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza secara rasmi memperkenalkan duta jenama baharunya untuk menjadi artis Korea Selatan yang terkenal di dunia, Lee MinHo. - FOTO CUCKOO
(Kanan ke kiri) Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Antarabangsa, KC Hoe (Hoe Kian Choon) bersama Dato’ Sri Siti Nurhaliza secara rasmi memperkenalkan duta jenama baharunya untuk menjadi artis Korea Selatan yang terkenal di dunia, Lee MinHo. - FOTO CUCKOO
Nurshafika Suhaimi

Kuala Lumpur, 31 Mac 2022 —  CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International) membangkitkan lagi kemeriahan pelancaran barisan produk baharu dengan memperkenalkan Lee Minho sebagai wajah baharu mereka disamping mengekalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai dutanya.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon, berkata 

Kedua-dua personaliti ini mempamerkan pencapaian yang gemilang, bakat yang tinggi, serta usaha konsisten untuk mengejar kecemerlangan dalam segala yang dilakukan.

"Lee MinHo dan Dato' Sri Siti Nurhaliza benar-benar menzahirkan falsafah Beyond Standards CUCKOO.

"Imej, tenaga dan semangat mereka amat sepadan dengan imej jenama kami yang sihat. Kami sangat teruja untuk memanfaatkan pengaruh positif mereka untuk mendampingi pelanggan kami serta mencapai lebih ramai rakyat Malaysia," katanya

Image

Meneruskan momentum sebagai Healthy Home Creator (Jenama Pencipta Rumah Sihat) untuk rakyat Malaysia, CUCKOO memperkenalkan satu siri penyelesaian inovatif, termasuk penapis air 'flagship' serta rangkaian penyaman udaranya yang pertama.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon, berkata pada asasnya jenama CUCKOO International  bermula dengan secawan air minum yang bersih.

"Hari ini, CUCKOO International telah berkembang menjadi satu jenama isi rumah yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan sihat pelanggan kami.

"Tatkala tabiat harian dan persekitaran kita berubah, harapan terhadap kesihatan dan kualiti hidup lebih baik tentu akan meningkat.

"Pengumuman hari ini menyerlahkan semangat Beyond Standards kami untuk memenuhi harapan tinggi dan menyediakan tawaran luar biasa kepada rakyat Malaysia." katanya.

Kian Choon berkata, menerusi inovasi dan kerjasama berterusan CUCKOO dengan personaliti legenda ternama, ia berjaya mengangkat CUCKOO International sebagai Pencipta Rumah Sihat No. 1 di Asia.

Image

"Perjalanan kami bermula pada Oktober 2014 dengan pengenalan CUCKOO, iaitu jenama perkakas rumah yang terkenal dari Korea Selatan, di Malaysia.

"Sejak itu, kami telah mengembangkan spektrum jenama dan tawaran teras kami merentasi empat tonggak Healthy Home, yang masing-masing bertumpu pada aspek tertentu bagi mencipta kediaman yang lebih sihat," tambahnya lagi.

  • 'Healthy Appliances' (Peralatan Rumah) [CUCKOO] – Rangkaian penapis air, penapis air luar kediaman, penapis udara, peruik serbaguna hob induksi dan peralatan dapur daripada CUCKOO.
  • 'Healthy Living' (Kehidupan Sihat) [CUCKOO Co-Creations] – Kategori produk kelengkapan rumah CUCKOO yang semakin berkembang dan dibangunkan secara tempatan, yang dicipta bersama melalui kerjasama strategik.  
  • 'Healthy Lifestyle' (Penjagaan Kecantikan) [WonderLab Group] – WonderLab Group menyuntik pendekatan holistik kepada kecantikan dan kesejahteraan dengan pelbagai rangkaian penjagaan kulit, kosmetik dan minuman berkhasiat di bawah sub-jenama seperti WonderLab, WonderDewi dan BeauSiti x WonderLab.
  • 'Healthy Home Care' (Servis Pembersihan Kediaman) [WonderKlean] – WonderKlean menawarkan perkhidmatan pakar yang komprehensif, termasuk pembasmian kuman dalaman, dan perkhidmatan pembersihan untuk mesin basuh, peralatan dapur, tilam dan penghawa dingin.

CUCKOO International sehingga kini telah memperkasa lebih 4.7 juta pengguna isi rumah dengan kehidupan lebih sihat dan bahagia menerusi penyelesaian Healthy Home yang inovatif.

Syarikat mereka juga mempunyai kehadiran kukuh di seluruh negara dengan lebih 640 cawangan dan 14,000 pekerja, termasuk profesional jualan dan pakar perkhidmatan di Malaysia.

Kian Choon berkata, semua perkara baik wajar dikongsi. Sejak permulaan kami yang sederhana, mereka telah menyatukan amalan, disiplin dan pelajaran penting yang menjadikan CUCKOO satu jenama yang diyakini lebih 4.7 juta pengguna isi rumah di Malaysia hari ini.

"Kami ingin berkongsi ilmu pengetahuan ini untuk memperkayakan orang lain, kerana saya teruja untuk melihat rakan-rakan perniagaan Malaysia berjaya, khususnya ketika ekonomi sedang beransur pulih." ujarnya

Menerusi model berasaskan sewaan langganan yang menyeluruh, mereka berazam untuk menjadikan kediaman yang lebih sihat dan kehidupan lebih bahagia dapat diakses serta mampu dimiliki oleh lebih ramai rakyat Malaysia

Ini sekali gus melanjutkan komitmen kami dalam membawa impak positif kepada masyarakat menerusi program jangkauan komuniti jangka panjang. 

Untuk maklumat lanjut mengenai CUCKOO International, hubungi :

 

CUCKOO 

Laman web:  www.cuckoo.com.my 

Facebook :  CUCKOOInternational 

Instagram : @cuckoo_official

 

WonderLab 

Laman web : www.wonderlab.com.my 

Facebook : WonderLabOfficial 

Instagram : @WonderLabOfficial 

 

WonderKlean

Laman web : www.wonderklean.com.my 

Facebook : wonderkleanofficial 

Intagram : @wonderkleanofficial

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 April 2022 @ 2:15 PM