Meskipun sambutan diadakan secara sederhana, ia tetap menjadi bermakna apabila disambut bersama ahli keluarga dan insan tersayang. - FOTO Hiasan
Meskipun sambutan diadakan secara sederhana, ia tetap menjadi bermakna apabila disambut bersama ahli keluarga dan insan tersayang. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

MENJENGAH ke tahun ketiga pandemik Covid-19, sambutan perayaan diadakan secara bersederhana bagi setiap bangsa yang meraikannya.

Bagi kaum Cina, sambutan Tahun Baru Cina menjadi titik permulaan baharu yang mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara satu sama lain. 

Bagi memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini, MAGGI mengambil peluang untuk mengadakan sebuah kempen bertemakan 'Gong Xi Masak, Gong Xi Meriah'

Sumbangan yang diterima menerusi kempen ini disalurkan kepada dana kebajikan rumah jagaan warga emas dan kemudiannya akan digunakan untuk memenuhi keperluan kebajikan sepuluh buah rumah jagaan warga emas di seluruh Malaysia.

Ikuti kisah dua warga emas yang berkongsi kemeriahan dan kegembiraan sepanjang berada di rumah kebajikan. 

Ibu yang berdedikasi dan penyayang

Dorcas, 92, dan anaknya yang kurang upaya, Pang Kiew, 71, adalah antara penghuni Rumah Charis di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor. 

Sebelum berpindah ke Rumah Charis, kehidupan dua beranak ini sangat susah menyebabkan Dorcas terpaksa mendapatkan bantuan untuk menjalani kehidupan dengan lebih selesa. 

Image

Kasih sayang Dorcas terhadap Pang Kiew tidak terhingga kerana banyak rintangan yang mereka berdua telah lalui bersama sekaligus mengukuhkan lagi hubungan mereka. 

Pengurus Rumah Charis yang mesra dikenali sebagai Suzanne berkata, Dorcas adalah seorang ibu yang amat bertanggungjawab dan sering mengambil berat terhadap Pang Kiew. 

Menurut Suzanne, rutin harian utama Dorcas adalah untuk memenuhi keperluan Pang Kiew dan pada sebelah petang dia akan bersenam. 

Ikatan kasih sayang yang dikongsi Dorcas dan Pang Kiew membawa kegembiraan dan tenaga positif kepada penghuni lain di Rumah Charis. 

"Dorcas menjadi inspirasi kepada kakitangan dan pelawat kerana dia mengajar kami tentang kepentingan rumah tangga, semangat kekeluargaan, kesabaran dan kasih sayang," katanya. 

Suzanne berkata, Dorcas sentiasa mengutamakan keperluan orang lain daripada dirinya sendiri. 

Kehadiran Dorcas juga memberi nafas baru kepada Suzanne untuk menjaga 12 penghuni lain yang tinggal di sana. 

Berkongsi mengenai kenangan terindah di Rumah Charis, Dorcas menceritakan bagaimana dia banyak menghabiskan masa di dapur. 

"MAGGI adalah penyelesaian cepat dan sedap yang mampu membantu menjimatkan masa dalam penyediaan masakan untuk 12 penghuni lain dan saya sentiasa memastikan masakan yang dimasak adalah berkhasiat dan seimbang," katanya. 

Masih segar dalam ingatan Suzanne ketika banjir Disember 2021 lalu apabila mereka terperangkap di dalam rumah dan terputus hubungan dunia luar. 

"Kebanyakan warga emas di Rumah Charis lemah dan tidak mempunyai keupayaan fizikal yang baik dan buat sementara waktu, penghuni Rumah Charis ditempatkan di Pusat Jagaan Kanak-kanak Rumah Charis," katanya. 

Suzanne berkata, mereka dalam proses membaik pulih Rumah Charis dan lega kerana ramai individu dan organisasi seperti MAGGI datang untuk membantu dan memberi sokongan kepada mereka. 

Suzanne turut meluahkan rasa tidak sabar untuk mengadakan sambutan Tahun Baru Cina sebaik sahaja rumah siap dibaik pulih.  

Semangat juang meneruskan hidup

Lain pula kisah En Harris, 68, satu-satunya penghuni berbangsa Melayu di Pusat Jagaan Warga Tua Sahana yang berasal dari Terengganu. 

Pengurus Pusat Jagaan Warga Tua Sahana yang mesra dipanggil Sara berkata, keadaan Harris ketika datang ke rumah itu sangat menyedihkan kerana dia menghidap penyakit kencing manis kronik dan tidak mampu berjalan. 

Lebih menyedihkan, penyakit yang dialaminya menyebabkan Harris tidak boleh bercakap dengan jelas dan terpaksa menjalani rawatan perubatan secara berkala untuk merawat penyakit ginjal kronik. 

Kata Sara, Harris adalah seorang yang kuat semangat dan berbekalkan kesabaran, dia kembali sihat dalam masa dua bulan sepanjang berada di Pusat Jagaan Warga Tua Sahana. 

Rutin harian Harris adalah seperti menonton filem, bersembang dengan rakan-rakan dan pada sebelah petang, berjalan di perkarangan rumah sebagai senaman untuk menguatkan kakinya. 

"Harris adalah seorang penghuni yang sangat ceria dan amat disenangi oleh semua penghuni lain, dan saya rasa sangat bersyukur dapat menjaga dia di sini. 

Image

"Waktu paling bahagia buat saya adalah ketika menyediakan makanan untuk 15 orang penghuni di Pusat Jagaan Warga Tua Sahana, kerana mereka sangat suka masakan di sini dan tidak cerewet," katanya.

Antara makanan kegemaran penghuni dan Harris adalah masakan India seperti kari dan masakan kukus serta masak kicap. 

Tambah Sara, dia menyediakan makanan berkhasiat yang bertepatan dengan setiap keadaan kesihatan penghuni di situ. 

Kebanyakan penghuni di sini menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, strok, dementia, darah tinggi dan lain-lain. 

Berkongsi pengalaman lain, Sara berkata sejak kehadiran Harris di situ, dia banyak belajar mengenai kesihatan yang kini boleh diguna pakai ketika menjaga kesihatan penghuni lain.  

"Dulu saya tidak tahu dan tidak mempunyai ilmu tentang penyakit kronik, jadi bila perlu menjaga Harris, saya mampu menimba banyak pengetahuan," katanya. 

Bercerita mengenai kisah sambutan perayaan di Pusat Jagaan Warga Tua Sahana, perayaan tanglung disambut dengan lebih meriah berbanding perayaan Tahun Baru Cina.  

"Pada hari sambutan, kami akan menjemput ahli keluarga untuk datang dan membawa makanan untuk berkelah. Keluarga Harris tidak ketinggalan datang memeriahkan suasana.

"Pada tahun ini, saya tidak dapat mengadakan sambutan Tahun Baru Cina seperti biasa kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Tambahan pula, dengan situasi pandemik Covid-19 yang berpanjangan. 

"Namun sambutan akan diadakan sebaik sahaja saya sembuh seperti sedia kala dan saya sangat bersyukur kerana MAGGI telah membantu dan memberi sokongan kepada kami semua di Pusat Jagaan Warga Tua Sahana," katanya. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen 'Gong Xi Masak, Gong Xi Meriah MAGGI, layari laman web https://www.maggi.my/ms/aktiviti-maggi/gongxi-masak-gongxi-meriah/

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 12:57 PM