NIEZAM Zaidi
NIEZAM Zaidi
Zaara Talita

Kuala Lumpur: Pelakon, Niezam Zaidi yang baru saja menyambut ulang tahun ke-29 berterima kasih di atas kata-kata baik yang ditinggalkan oleh orang ramai dan peminat biar apa pun yang berlaku terhadap dirinya, baru-baru ini.

Menyambut ulang tahun kelahiran pada 26 Oktober lalu, Niezam mengambil pendekatan melihat apa yang berlaku sebagai ketentuan-Nya.

"Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya semoga anda semua dirahmati, diberkati oleh Allah SWT.

"Alhamdulillah,Alhamdulillah… atas segala ketentuan takdir qada dan qadar. Alhamdulillah. Assalamualaikum," katanya.

Ruangan komen dibanjiri dengan ucapan dan kata-kata semangat daripada banyak pihak. Malah, ada yang turut menasihati Niezam untuk menghargai kedua orang tuanya dan berhati-hati memilih kawan.

"Jangan ulangi kesilapan sama, apa-apa nak buat fikir Allah fikir hati perasaan mak ayah abang tu. Semoga menjad pengajaran pada masa akan datang," komen wargamanya.

"Abang kacak semoga berada dan pilih jalan yang betul," kata netizen.

"Setiap kesilapan yang kita lakukan adalah pengalaman paling berharga dalam hidup kerana guru terbaik adalah melalui pengalaman," kata seorang pengguna media sosial.

Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah.

Turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 7:39 PM