Tangkap layar video wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tangkap layar video wawancara bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Najiy Jefri


Kuala Lumpur: Tiga pengacara iaitu Azaria Tagaya dari TV3, Terrence Joseph Dass (RTM) dan Cynthia Ng (Astro Awani) dilihat tergamam dan terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba-tiba bertanya soalan kepada mereka secara spontan.

Menerusi siaran langsung wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan malam tadi, Ismail dilihat 'sempoi ' apabila mengambil alih tugas sebagai hos dengan bertanya soalan kepada ketiga-tiga pengacara itu mengenai maksud Keluarga Malaysia.

Soalan spontan yang diajukan Ismail itu sekali gus mendapat respon positif daripada ketiga-tiga pengacara berkenaan dan menyifatkan perkara itu jarang berlaku ketika dalam wawancara eksklusif bersama Perdana Menteri.

"Datuk Seri, rasanya ini kali pertama Perdana Menteri bertanya kita soalan dalam wawancara eksklusif. Nanti beliau ambil kerja kita pula selepas ini," kata Azaria kepada dua lagi pengacara lain pada wawancara itu semalam.

Dalam masa sama, Azaria menerusi perkongsian di Instagram mengakui terkejut apabila Perdana Menteri secara tiba-tiba bertanya soalan kepada mereka.
"Bila Perdana Menteri pula tanya pengacara. Tergamam jugalah, sedang dalam wawancara eksklusif dengan Perdana Menteri, tiba-tiba Perdana Menteri tanya soalan kepada pengacara," tulisnya.

Selain perkongsian di Instagram Azaria, rakaman video terbabit turut dikongsikan Buletin TV3 di aplikasi TikTok sehingga menjadi tular.

"Tercengang pengacara nak jawab soalan Perdana Menteri," tulisnya dalam hantaran itu.

Lebih menarik perhatian, rata-rata warganet memberikan komen positif di Instagram dan menyifatkan Perdana Menteri seorang yang 'sempoi'.

@buletintv3

Tercengang pengacara nak jawab soalan PM, video penuh di Youtube ##BeritaDiTikTok ##beritaditiktok ##buletintv3##buletinutamatv3 ##perdanamenteri

♬ original sound - BuletinTV3

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Oktober 2021 @ 11:05 AM