ELYANA
ELYANA

Kuala Lumpur: "Akhirnya saya mengalah,".

Demikian tulis penyanyi, Elyana yang menghidap kanser limfoma tahap empat menerusi Instagram berkongsi mengenai keadaan terkini kesihatannya.

Dalam hantarannya itu, Elyana berkongsi bagaimana dia menahan sakit selama lebih sebulan.

"Lebih sebulan menahan sakit sampai tak boleh tidur. Hari ini (semalam) masuk ubat tahan sakit, steroid dan ambil darah.

"Ujian Covid-19 memang wajib. Esok (hari ini) periksa jantung. Lusa buat ujian imbasan PET dan seterusnya, kemoterapi. 

"Bismillahirrohmanirrohim. 'You can do it, Nana!'" tulisnya.

Dalam hantaran sama, Elyana turut berkongsi fotonya yang terlantar di atas katil.

Elyana menghidap kanser sejak 10 tahun lalu dan sebelum ini berkongsi bagaimana kekuatan yang dikumpulkannya menjadi sebati dalam diri.

"Kekuatan yang aku lakonkan menjadi sebati dalam diri. Bahagian tubuh mana yang aku tak sakit? Semua sakit. 10 tahun. Semua sakit," tulisnya dalam Instagram Story sebelum ini.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 11:42 AM