SISTEM paparan maklumat di Lapangan Terbang San Francisco menunjukkan penerbangan United Airlines yang dibatalkan.  FOTO EPA
SISTEM paparan maklumat di Lapangan Terbang San Francisco menunjukkan penerbangan United Airlines yang dibatalkan. FOTO EPA
AFP

New York: Lebih 7,000 penerbangan dibatalkan di seluruh dunia, dan ribuan lagi ditangguhkan pada perayaan Hari Natal, lapor web carian pada Ahad .

Ia berikutan varian Covid-19 Omicron yang sangat menular dan mengancam jutaan orang.

Cuaca buruk menambahkan lagi huru-hara perjalanan di AS, dengan ribut dijangka menyebabkan bencana di jalan raya di barat negara iaitu ke Seattle dan sebahagian California.

Menurut Flightaware.com, lebih daripada 2,000 penerbangan dibatalkan pada hari Ahad termasuk 570 yang berasal dari, atau menuju ke, lapangan terbang AS, manakala 4,000 kelewatan, dilaporkan.

Anak kapal dan kakitangan darat jatuh sakit atau menjalani kuarantin selepas terdedah kepada Covid-19 hingga memaksa Lufthansa, Delta, United Airlines, JetBlue, Alaska Airlines dan syarikat penerbangan lain membatalkan penerbangan semasa waktu puncak.

Lebih daripada 2,800 penerbangan terkandas di seluruh dunia pada Sabtu, termasuk lebih daripada 990 yang berasal dari atau menuju ke lapangan terbang AS, dengan 8,500 kelewatan.

Pada Jumaat, terdapat kira-kira 2,400 pembatalan dan 11,000 kelewatan.

"Bantuan penerbangan @united dibatalkan lagi. Saya mahu pulang ke rumah untuk Hari Natal," ciap seorang pelancong dari negeri Vermont, AS, pada Sabtu.

Data Flightaware menunjukkan United membatalkan kira-kira 200 penerbangan pada hari Jumaat, dan hampir 250 penerbangan keesokan harinya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 10:23 AM