MARGASATWA hasilkan lagu Yang Asli versi Olimpik dalam bahasa Jepun untuk beri semangat buat atlet Malaysia.
MARGASATWA hasilkan lagu Yang Asli versi Olimpik dalam bahasa Jepun untuk beri semangat buat atlet Malaysia.
Ridzuan Abdul Rahman


KUMPULAN Margasatwa yang dianggotai Kimal selaku vokalis, Fadhil (gitar), Sammy (gitar), Shadiq (bass) dan Syahir (dram) baru sahaja tampil dengan muzik video untuk lagu berjudul Yang Asli.

Terbaharu, bersempena Olimpik Tokyo 2020, Margasatwa kini merakamkan semula lagu Yang Asli dalam versi bahasa Jepun.

Ia adalah sebagai tanda penghormatan mereka kepada pasukan Malaysia yang terbang ke Tokyo untuk berjuang mengharumkan nama negara.

Ini adalah sebuah kolaborasi antara Margasatwa dan CakapJepun.com, sebuah pusat pembelajaran bahasa Jepun yang ditubuhkan oleh anak tempatan yang juga graduan dari universiti di Jepun.

Kimal berkata, lagu terbabit bukan sekadar ditujukan pada atlet Malaysia yang sedang berjuang, tetapi juga untuk semua rakyat Malaysia yang kini berdepan pelbagai cabaran.

"Saya dah olah lirik asal supaya lebih tepat dengan tema semangat Olimpik. Terjemahan ke dalam bahasa Jepun oleh Izzat Sensei dari CakapJepun.com memberikan makna yang lebih mendalam.

"Apapun pencapaian oleh atlet negara pada temasya sukan Olimpik ini kita seharusnya bangga dan memberi sokongan penuh kepada mereka ketika menang ataupun kalah kerana sudah berjuang dan melakukan yang terbaik demi Malaysia," katanya.

Kimal yang juga graduan dari Tokai University, Jepun menjelaskan, ada keunikan dimasukkan dalam 'intro' lagu ini.

TURUT tampilkan 'intro' bunyi muzik Melayu dan anime bagi mengimbau zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam.
TURUT tampilkan 'intro' bunyi muzik Melayu dan anime bagi mengimbau zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam.

"Seminit pertama anda akan dihidangkan dengan 'intro' bunyi muzik Melayu dan anime sebagai mengimbau zaman Gaban dan Kesatria Baja Hitam.

"Ini juga sebuah hiburan berbentuk pelajaran bahasa Jepun. Pendengar boleh merujuk kepada sarikata pada video di Youtube untuk belajar sedikit sebanyak bahasa Jepun dan terjemahan dalam bahasa Melayu," katanya.

Menurutnya, kolaborasi ini pertama kali dibuat dan mendapat perhatian ramai pendengar muzik dan peminat setia sukan Olimpik dari Malaysia dan Jepun.

LAGU Yang Asli versi Olimpik turut ditujukan pada semua rakyat Malaysia yang kini berdepan pelbagai cabaran.
LAGU Yang Asli versi Olimpik turut ditujukan pada semua rakyat Malaysia yang kini berdepan pelbagai cabaran.

"Ini adalah satu inisiatif yang baik untuk mengukuhkan hubungan dua negara serta rakyatnya," kata Kimal lagi.

Sehubungan itu, muzik video single Yang Asli versi Olimpik (ba

hasa Jepun), versi lagu asalnya termasuk versi persembahan 'live' kini boleh ditonton di rangkaian saluran YouTube.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 6:30 AM