AERIL Zafrel dan Wawa Zainal bersama anaknya.
AERIL Zafrel dan Wawa Zainal bersama anaknya.
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: "Bagi saya, apa saya buat dengan isteri, kebanyakan orang di Malaysia buat perkara sama. Cuma kami artis, itu yang kadang-kadang nampak ia menonjol."

Itu kata pelakon terkenal Aeril Zafrel susulan komen dan kritikan warganet yang menyifatkan dia terlalu memanjakan isteri juga pelakon, Wawa Zainal seperti dipaparkan di Instagram (IG).

Aeril berkata, tindakan itu adalah perkara biasa selain menganggap ia bukan sesuatu yang keterlaluan sehingga perlu menjadi pertikaian di laman sosial.

"Apabila ada yang tegur dan cakap jangan manjakan isteri, sudah tentu sebagai manusia yang ada hati dan perasaan akan berasa geram. Tapi bagi

saya, apa ditonjolkan tak keterlaluan. Bukan terlalu tunjuk gaya hidup.

"Perkara itu macam biasalah, suami dengan isteri, main dengan anak, beli kek untuk isteri dan banyak lagi. Saya anggap IG ini macam album. Jadi, soal manjakan isteri, bagi saya ia biasa. Tapi kalau nak tahu, jika di rumah saya yang manja sebenarnya," katanya kepada Harian Metro.

POSTER Sabda Kekasih.
POSTER Sabda Kekasih.

Menurut Aeril, dia tidak boleh mengawal atau menghalang mana-mana pihak untuk berprasangka buruk terhadap dirinya dan keluarga.

"Kalau ada orang bersangka buruk macam itu, saya tak boleh nak cakap apa. Kita baik macam mana sekali pun, tetap ada yang tak suka pada kita. Jadi, kita buat sajalah," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aeril menerusi syarikat produksi Respected Citizen Production Sdn Bhd bakal muncul dengan filem sulung terbitan syarikatnya, Sabda Kekasih bermula 24 Jun ini di Saluran Astro First 480.

Selain menjadi penerbit, Aeril juga berlakon di samping isteri, Wawa, Fauziah Nawi, Sabri Yunus dan Sharifah Husna.

Filem arahan Azhari Zain itu menjalani penggambaran selama 10 hari di Bentong, Pahang dan Sendayan, Negeri Sembilan, tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 5:15 PM