JUSTIN Bieber.
JUSTIN Bieber.
Agensi

Los Angeles: Penyanyi Justin Bieber, 27, terus mempamerkan gaya rambut terbarunya dengan ikatan bun meskipun dikecam disebabkan isu 'cultural appropriation'.

Penyanyi Lonely itu jelas tidak terkesan dengan kecaman terhadapnya bahkan seronok dengan gaya terbarunya itu yang mana ia pada mulanya hanya 'dreadlocks' sejak April lalu.

Meskipun ramai memuji keberanian Bieber untuk menukar gaya rambut, ada juga kurang senang dengan tindakannya itu.

Dia disifatkan cuba meniru dan memiliki budaya lain terutama dari Afrika.

Sejak April lalu, dia berdepan kecaman netizen apabila tampil dengan gaya rambut 'dreadlocks' membuatkan dia dihentam sebagai 'cultural appropriation' atau menggunakan budaya lain untuk kepentingan diri.

Bieber menerusi Instagram memuat naik dua gambar semalam menunjukkan penampilan terbarunya dengan gaya rambut itu.

Ada pengikutnya menyifatkan gaya rambut itu tidak sesuai dengannya. Pengikut lain pula memintanya supaya belajar mengenai 'cultural appropriation' dan jadi lebih peka.

Ini bukan kali pertama penyanyi lagu Justice itu berdepan situasi sama.

Pada 2016, Bieber dikecam hebat kerana melakukan perkara sama iaitu menata gaya rambutnya dengan gaya dreadlocks.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Mei 2021 @ 11:26 AM