MAWAR bersama anaknya, Maryam.
MAWAR bersama anaknya, Maryam.
Syafil Syazwan Jefri

 

Kuala Lumpur: Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim mendoakan bekas suaminya itu supaya bertemu jodoh secepat mungkin.

Dalam hantaran di Instagram Story, Mawar menjawab pertanyaan pengikutnya yang mengajukan soalan berkaitan Fizo.

"Bagi Kak Mawar, tak marah kalau bapa Maryam nak kahwin. Lagi gembira dan cepat-cepat kahwin, lagi bagus. Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna.

"Kak Mawar tak sempurna, serba kekurangan. Kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua," katanya.

Namun, Mawar mengingatkan kepada bakal isteri Fizo supaya tidak menggunakan panggilan 'mummy' atau 'mama'.

"Kepada siapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti, jangan panggil 'mummy' atau 'mama' sebab panggilan itu khas buat Kak Mawar. Bukan apa, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang sebab dia begitu istimewa," katanya.

Dalam hantaran sama, Mawar juga tidak mahu lagi mengenang perkara yang lepas.

"Bagi Kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu lagi dikenang. Masing-masing ada kehidupan dan pilihan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas," katanya.

Mawar dan Fizo sebelum ini berkahwin pada November 2013 dan dikurniakan cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia empat tahun. Pasangan itu bercerai pada Julai 2019.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 4:26 PM