Regé-Jean Page
Regé-Jean Page
Agensi

London: Aktor Regé-Jean Page, 31, yang menjadi pujaan jutaan wanita seluruh dunia rupanya sudah berpunya dan kekasihnya iaitu Emily Brown adalah seorang penulis serta pemain bola sepak sambilan.

Pelakon yang meledak menerusi siri Bridgerton itu bahkan tinggal serumah dengan Brown di kediaman berharga RM4.5 juta di Utara London, di sini.

Pasangan itu juga dilaporkan meluangkan masa bersama sempena sambutan Hari Kekasih semalam, sebelum Page terbang ke New York untuk menjayakan sebuah penggambaran.

Dilahirkan di sini dan membesar di Zimbabwe, pelakon terbabit memulakan karier seninya pada 2004. Antara siri pernah dibintanginya termasuk Roots dan For The People di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, nama Page cuma menjadi perhatian selepas menjayakan wataknya sebagai Duke of Hastings dalam Bridgerton. Siri terbabit yang berkisar kehidupan era abad ke-18.

Dipasangkan dengan Phoebe Dynevor, siri terbabit mendapat permintaan tinggi untuk penerbitan musim kedua berikutan sambutan luar biasa. Penampilan Page juga dilaporkan menjadi faktor penting siri itu menjadi kegilaan ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 11:38 AM