SIRI Bridgerton yang ditayangkan di Netflix mencatatkan fenomena apabila ramai yang menyukai jalan ceritanya.
SIRI Bridgerton yang ditayangkan di Netflix mencatatkan fenomena apabila ramai yang menyukai jalan ceritanya.
HM Digital

SELEPAS kejayaan musim pertama dan kedua untuk siri popular yang ditayangkan di Netflix berjudul Bridgerton, kini siri terbabit bakal memasuki musim terbaharu.

Apa yang menarik, musim ketiga bakal memfokuskan kepada kisah cinta Colin Bridgerton (lakonan Luke Newton) dan Penelope Featherington (lakonan Nicola Coughlan).

Menerusi laporan portal Variety, siri adaptasi novel popular tulisan Julia Quinn ini sebenarnya lebih fokus kepada kehidupan cinta Benedict Bridgerton dalam edisi buku ketiga.

Namun, siri baharu Bridgerton akan memfokuskan pada subjek buku keempat menceritakan kisah Penelope Featherington.

Pada musim pertama, siri ini mengisahkan kisah cinta Daphne Bridgerton (lakonan Phoebe Dynevor) dengan Simon ( lakonan RegÈ-Page Jean), manakala musim kedua lebih ke arah watak Anthony Bridgerton (Jonathon Bailey) dengan Kate (Simone Ashley).

Pada akhir musim kedua siri itu, Penelope mendengar perbualan bahawa Colin tidak akan pernah berkahwin dengannya.

Sementara itu, pada musim ketiga, penerbit dan penulis skrip Jess Browneel akan menggantikan Chris van Dusen yang memilih untuk menarik diri daripada siri itu.

MUSIM ketiga  Bridgerton akan memfokuskan kisah cinta antara  Colin Bridgerton dan Penelope Featherington.
MUSIM ketiga Bridgerton akan memfokuskan kisah cinta antara Colin Bridgerton dan Penelope Featherington.

Van Dusen berkata, dia begitu berbangga sepanjang terbabit dalam projek terbabit.

"Bridgerton akan selalu mempunyai tempat khusus di hati saya. Saya sudah melakukan apa yang perlu saya tunaikan dalam siri ini,"katanya.

Selain perubahan fokus cerita, Bridgerton musim ketiga juga akan mengalami pergantian pelakon yang mana karakter Francesca Bridgerto

n yang sebelumnya dibintangi Ruby Sokes akan digantikan dengan Hannah Dodd musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mei 2022 @ 6:12 AM