FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Syafil Syazwan Jefri

Kuala Lumpur: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) untuk enam aktiviti pembangunan kandungan kreatif dalam sektor industri kreatif, hari ini.

Enam aktiviti yang dibenarkan itu adalah produksi animasi dan muzik, pasca-produksi di studio, pembangunan muzik secara digital, rakaman lagu di studio, pra-produksi penggambaran dan penggambaran di studio. 

Aktiviti penggambaran di studio merangkumi drama, telefilem, iklan, dokumentari, sitkom, penstriman secara langsung, rakaman kebudayaan, seni dan warisan tanpa penonton. 

Bagaimanapun, kesemua aktiviti itu tidak dibenarkan beroperasi di kawasan yang berada di bawah perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Proses uji bakat secara bersemuka juga tidak dibenarkan dan disarankan dilakukan secara pra-produksi maya ataupun melalui penghantaran video oleh artis.

SOP ini juga hadir bersama tindakan yang perlu dipatuhi oleh mereka yang terbabit antaranya, protokal kawalan dan pencegahan penyakit, pemeriksaan suhu badan, penggunaan aplikasi MySejahtera, pembersihan dan nyahkuman premis dan penjarakan fizikal. 

Kapasiti pekerja yang dibenarkan pada satu-satu masa pula tidak boleh melebihi 20 orang.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 9:18 PM