GOT7
GOT7
Agensi

Seoul: GOT7 diumumkan keluar secara rasmi daripada agensi JYP Entertainment selepas memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka.

Bagaimanapun, nasib sama ada kumpulan itu akan berpecah terus masih belum diketahui memandangkan tiada sebarang kenyataan rasmi berhubung pembubarannya.

Menurut kenyataan rasmi agensi itu, kata sepakat dicapai mereka untuk melakukan keputusan itu selepas perbincangan menyeluruh dibuat.

"JYP adakan perbincangan mendalam bersama anggota GOT7 sebelum kontrak eksklusif mereka tamat pada 19 JanuariĀ ini. Keputusannya, kedua pihak setuju untuk tidak teruskan pembaharuan kontrak, demi mencari masa depan baharu," katanya.

GOT7 yang mencipta fenomena di seluruh dunia dianggotai Mark, JB, Jackson, Jinyoung, Youngjae, BamBam, dan Yugyeom. Mereka mula diperkenal pada Januari 2014.

Antara lagu hit mereka termasuk LULLABY, Just Right, dan Hard Carry.

Dalam pada itu, anggotanya Mark sempat berkongsi kesedihan mengenai berita itu menerusi Twitter.

"Sepanjang tujuh tahun ini menjadi tempoh paling indah dalam hidup saya. Ia belum berakhir, sebaliknya baru permulaan.

"Ketujuh kami akan terus membawakan kepada kamu semua versi yang terbaik untuk diri kami sampai bila-bila," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 4:50 PM