Nama band rock CNBLUE kembali menjadi bualan apabila menang trofi pada program The Show menerusi lagu You’re So Fine, kelmarin.

Dalam program itu, CNBLUE mendahului dua pesaing terdekatnya iaitu kumpulan GOT7 dan MAMAMOO apabila berjaya mengutip 7,690 mata.

GOT7 dan MAMAMOO pula masing-masing mengutip mata 7,667, dan 6,438 yang mempertaruhkan lagu Fly dan You’re The Best.

Biarpun tidak semua anggota CNBLUE hadir, Jonghyun dan Jongshin tetap meluangkan masa menerima trofi berkenaan.

Dalam ucapannya, mereka turut berterima kasih kepada agensi serta kakitangan di sana.

Selain CNBLUE, turut bertanding pada acara berkenaan adalah Hyosung, Hyomin, Eric Nam, HISTORY, ASTRO, KNK, Bernard Park dan Hyerim, Sam Kim ft. Yezi, U Seung Eun ft. Kisum, Boys Republic, LABOUM, dan Oh My Girl.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 11:24 AM