AZWAN mengakui sudah mula bertegur sapa dengan Ogy. FOTO Arkib NSTP
AZWAN mengakui sudah mula bertegur sapa dengan Ogy. FOTO Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir

Kuala Lumpur: Pengacara, Azwan Ali atau dikenali sebagai Diva AA mengakui sudah mula bertegur sapa dengan seniwati, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Azwan berkata, apa yang boleh diperkatakan adalah hubungan dengan Ogy sudah tidak ada lagi masalah.

"Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama.

"Sejak kebelakangan ini apabila berjumpa kami sudah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu," katanya.

Azwan yang juga pengacara program Lagu Cinta Kita 2 (LCK 2) berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama bersiri Diva Popular, semalam.

Tidak lama dahulu hubungan kedua-dua selebriti itu pernah bermasalah hingga membabitkan kes saman.

Menurut Azwan, dia dan Ogy juga sama-sama terbabit dalam drama bersiri itu, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini.

"Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. 

"Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertumbuk ke, tarik rambut ke," selorohnya. 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 5:09 PM