SABARIAH Arshad . FOTO arkib NSTP
SABARIAH Arshad . FOTO arkib NSTP
Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Pelawak Ali Puteh masih menunggu kenyataan doktor mengenai perkembangan kesihatan ibunya, Sabariah Arshad, 63,  yang dimasukkan ke Hospital Selayang kerana serangan asma, kelmarin.

Ali, 31, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, sehingga petang semalam, keadaan ibunya masih sama.

"Mak masih 'ditidurkan' dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia juga masih belum sedar kerana doktor bagi ubat untuknya berehat kerana semputnya agak teruk. 

"Mak juga sudah dimasukkan ke wad dan kami semua tak boleh melawat," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, adik kepada Allahyarham Abam itu memuat naik berita sedih berkenaan menerusi hantaran di Instagram yang meminta orang ramai mendoakan supaya ibunya terus kuat dan kembali pulih seperti biasa.

"Salam Jumaat penghulu segala hari, emak dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang sebab semput semalam (kelmarin).

 "Doakan buat emak semoga semuanya kembali sedia kala. Allah uji tanda Allah sayang. Segala puji bagi Allah. Doakan buat emak ya. Amin," katanya.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Disember 2020 @ 1:04 PM