KOGYEOL
KOGYEOL
Agensi

Seoul: Selepas ahli kumpulan UP10TION, Bitto disahkan positif Covid-19, kini seorang ahli kumpulan berkenaan iaitu Kogyeol turur dijangkiti wabak itu.

Agensi pengurusan UP10TION, TOP Media dalam satu kenyataan berkata, Kogyeol disahkan positif walaupun semua anggota UP10TION yang lain negatif.

"Selepas Bitto disahkan positif, semua petugas dan artis sudah menjalani ujian swab kerana bimbang berisiko menjadi kontak rapat penyanyi itu.

"Bagaimanapun, keputusan yang keluar pada 1 Disember lalu menunjukkan Kogyeol disahkan positif, manakala Kuhn, Gyujin, Hwanhee, Sunyoul dan Xiao pula negatif," katanya.

Selepas Bitto dijangkiti Covid-19 minggu lalu, agensi berkenaan mengarahkan semua artis dan petugas menjalani ujian saringan.

"Semua artis wajib menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari termasuklah pengurus masing-masing.

"Petugas seperti jurugaya rambut, pakaian dan solekan juga disahkan negatif termasuk artis yang bernaung di TOP Media," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 3:07 PM