MARIAH Carey. FOTO AFP
MARIAH Carey. FOTO AFP
Agensi

PERAYAAN Hari Krismas bakal disambut meriah dengan kehadiran program original Apple TV+, berjudul Mariah Carey's Magical Christmas Special yang bakal mula ditayangkan menjelang 4 Disember ini.

Pelakon, Tiffany Haddish akan menjadi 'tukang cerita' dalam program khas itu dengan menceritakan mengenai sambutan Krismas yang pada awalnya sepi dan kemudian meriah berikutan kehadiran Mariah.

"Pada malam sebelum sambutan Krismas 2020 yang suram, Santa membuat keputusan untuk menambah keceriaan dengan menghadirkan kelainan dan ia adalah Mariah Carey," ucapannya dalam video trailer yang dikeluarkan semalam.

Selain Mariah yang akan mendendangkan lagu hitnya iaitu All I Want For Christmas Is You, barisan artis popular lain dijangka turut membuat kemunculan antaranya Ariana Grande, Jennifer Hudson, Snoop Dog dan ramai lagi.

Program istimewa itu diterbitkan sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan karya All I Want For Christmas Is You, yang diterbitkan pada 1994 dan sehingga kini umpama menjadi lagu tema setiap kali menjelangnya percutian Hari Krismas.

Tahun lalu, lagu itu berjaya mencuri tempat di puncak carta-carta muzik dunia walaupun selepas 25 tahun ia dilancarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2020 @ 10:58 AM