JOHN Legend bakal menimang anak ketiga apabila isterinya, Chrissy Teigen kini sah hamil.
JOHN Legend bakal menimang anak ketiga apabila isterinya, Chrissy Teigen kini sah hamil.
Agensi

PENYANYI John Legend bakal mendapat anak ketiga apabila isterinya, Chrissy Teigen kini sah hamil.

Berita itu dikongsikan Legend dalam video terbaharu yang dimuat naik oleh isterinya di akaun media sosial rasmi mereka pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian video berdurasi lapan saat itu, Chrissy Teigen yang memakai jaket hitam dan legging menunjukkan alat ujian kehamilannya.

 "Lihat. Lihatlah kehamilan anak ketiga ini," katanya di hadapan cermin.

Pasangan itu berkahwin di Itali pada 2013 dan mempunyai dua anak iaitu Luna berusia 4 tahun dan Miles, 2.

Sebelumnya, khabar dan spekulasi kehamilan Chrissy timbul apabila dia dan dua anak mereka tampil dalam video muzik lagu baharu Legend bersama Gary Clark berjudul Wild  pada 14 Ogos lalu.

Dalam video muzik itu,  Legend terlihat memeluk istrinya dari belakang dan Chrissy menunjukkan perutnya.

Terdahulu, Chrissy juga berulang kali mengungkapkan perjuangan mereka mendapatkan anak kerana masalah kemandulan.

Bagaimanapun, mereka berjaya mendapatkan dua anak melalui proses persenyawaan in vitro atau IVF dilakukan yang diceritakan Chrissy ketika hamil anak pertama, Luna pada 2016.

"Ketika kami bercakap mengenai proses IVF, saya merasa seperti sudah mendengar semuanya. Beberapa orang di sekitar kami  melakukannya tujuh hingga 10 kali," katanya.

Perkenalan kali pertama di antara Legend dan Chrissy berlaku di lokasi penggambaran muzik video yang dihasilkan pada 2006.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Ogos 2020 @ 11:56 AM