Pengarah Filem, Mamat Khalid. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Pengarah Filem, Mamat Khalid. FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
Sudirman Mohd Tahir


FILEM sampah, tidak berkualiti dan antara filem paling teruk arahannya.

Itu antara maklum balas diterima filem terbaru arahan Mamat Khalid, Manap Karaoke daripada seorang pengkritik filem di YouTube, baru-baru ini.

Bukan itu saja, Mamat juga di sarankan berundur diri sebagai pengarah atas alasan karya-karyanya tidak lagi relevan dan berkualiti seperti filemnya sebelum ini iaitu Man Laksa, Rock dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Bagaimanapun, Mamat ketika dihubungi enggan memanjangkan isu itu kerana tidak mahu ia berpanjangan.

"Saya malas nak balas. Kalau saya balas, ia akan berpanjangan.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ia dapat ditayangkan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) dilaksanakan," katanya.

Manap Karaoke yang dibintangi Joey Daud, Mona Allen, Ropie, Imuda, Sharwani NS dan ramai lagi itu mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 7 Mei lalu.

Mamat berkata, dia juga masih menunggu pihak Astro First mengenai jumlah kutipan terkini filem itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 8:35 PM