ALIFF Syukri. FOTO Aswadi Alias
ALIFF Syukri. FOTO Aswadi Alias
Ridzuan Abdul Rahman

 

"RINDU sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi bukannya merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup," kata ahli perniagaan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri yang kini kembali bersama isteri dan anaknya selepas empat bulan tinggal berasingan.

Menerusi Instagram, Aliff memberi bayangan rumahtangganya dengan Datin Seri Nur Shahidah yang sebelum ini bergelora kembali pulih.

Aliff mengakui banyak bermuhasabah diri sepanjang melalui tempoh terbabit.

"Empat bulan berjauhan dengan anak, saya rasa kehidupan saya kosong. Saya buang ego dan kembali ke pangkuan keluarga," katanya.

Aliff berkata, apa yang berlaku juga bukanlah gimik untuk meraih publisiti. Dia juga seperti orang lain yang turut mengalami pasang dan surut dalam rumah tangga.

"Ia bukan satu benda yang senang untuk saya lalui. Saya bersyukur keluarga adalah keutamaan dan saya ingin menjadi seorang Aliff Syukri baru yang lebih matang dan menghargai semua orang terutamanya isteri, ibu dan keluarga saya," katanya.

Menurutnya, dia menyedari keluarga adalah segalanya dan Ramadan ini memberi erti yang besar terhadapnya.

"Doakan saya dan keluarga dapat bahagia semula. I'm back! (saya kembali)," katanya.

Rumah tangga Aliff dikatakan bergolak pada awal Mac lalu tetapi dia menafikannya.

Bagaimanapun, Aliff kemudian mengesahkan perkara itu apabila memuat naik surat permohonan cerai isterinya di Instagram.

Dia yang turut tampil dengan single berjudul Cuba Bahagia enggan mengulas mengenai permohonan cerai isterinya itu.

 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Mei 2020 @ 4:12 PM