Datuk Seri Aliff Syukri
Datuk Seri Aliff Syukri
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Usahawan juga selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, 35, bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu juga penyanyi yang memfitnah dirinya memondan dalam video muzik lagu Kelepok Raya.

Aliff Syukri berkata, kenyataan dimuat naik individu itu di media sosial dianggap keterlaluan.

"Dia tak patut kata macam tu. Tak kisah kalau dia nak kutuk suara saya, sebab sebelum ini pun ramai juga artis yang mengata saya. Tapi saya okay dan tak kisah sebab tak membabitkan perkara sensitif. Namun, apabila dia menyentuh perkara lain dan petik nama, ia satu fitnah.

"Jadi, saya sudah serahkan perkara ini pada peguam. Saya nak saman dia RM1 juta. Biar pihak berwajib buat kerja," katanya kepada Harian Metro.

Aliff Syukri berkata, tindakan individu itu adalah tidak wajar selain sengaja mahu memalukan dirinya pada umum.

"Saya pakai baju Melayu dalam video muzik itu. Saya bukan berpakaian wanita. Jadi, sangat tak wajar dia cakap macam tu.

"Saya jenis tak suka cari gaduh dengan orang. Saya pun tak pernah kenal dia siapa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 April 2022 @ 12:26 PM