PENYANYI Aishah tampil dengan keunikan tersendiri apabila menghasilkan topeng muka menggunakan botol plastik. FOTO Instagram Aishahjmm
PENYANYI Aishah tampil dengan keunikan tersendiri apabila menghasilkan topeng muka menggunakan botol plastik. FOTO Instagram Aishahjmm
Najiy Jefri


PENYANYI Aishah tampil dengan keunikan tersendiri apabila menghasilkan topeng muka menggunakan botol plastik.

Aishah ketika dihubungi berkata, dia terpanggil untuk mencipta alat itu sebagai langkah keselamatan untuk diri dan keluarganya berikutan penularan wabak Covid-19 ketika ini.

“Sebenarnya sejak kecil lagi saya memang minat dengan bidang kraftangan. Jadi, apabila presiden kelab peminat saya yang juga seorang doktor iaitu Dr Nazlin menghasilkan alat pelindung wajah menggunakan plastik, saya pun nak ambil cabaran untuk mencipta alat ini menggunakan botol plastik. Malah, ramai yang turut mencipta alat pelindung mulut dan hidung mengikut barang terpakai yang ada di rumah.

“Saya harap sumbangn kecil ini dapat membantu orang ramai supaya kita sama-sama dijauhkan daripada wabak ini,” katanya.

Langkah demi langkah menghasilkan alat itu dikongsi Aisyah dalam semua medium laman sosialnya.

Menurut Aishah, bukan saja topeng muka, malah dia kini dalam proses untuk mencipta alat pelindung mulut dan hidung.

“Semua sedia maklum yang kita sekarang ini sukar untuk mendapatkan pelindung mulut dan hidung. Kalau ada pun harganya tak masuk akal.

“Saya bercadang menghasilkan topeng muka buatan tangan selepas botol plastik. Sekarang, saya sedang mencari idea bagaimana untuk menghasilkannya.

“Saya sedang mencari maklumat mengenai penyediaan topeng muka ini dan apa perkara yang perlu ada seperti kalis air.

"Menerusi hantaran sebelum ini juga saya ada membuat cecair pembasmi kuman. Sebelum menghasilkannya, saya buat kaji selidik terlebih dulu. Buat masa ini, ia hanyalah untuk kegunaan sendiri sahaja dan tidak dijual.

“Saya tak paksa orang untuk buat tapi ini salah satu usaha saya untuk berkongsi kepada orang luar. Kalau ia memberi manfaat saya bersyukur,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 3:41 PM