VOKALIS Drama Band, Aepul.
VOKALIS Drama Band, Aepul.
Syafil Syazwan Jefri


DRAMA Band muncul lagi dengan single baharu berjudul Satu-Satu. Kalau sebelum ini mereka hadir dengan lagu Drama dan dikatakan menyindir seorang pendatang baharu dalam industri, kini mereka dikaitkan pula dengan seorang usahawan kosmetik.

Secara ringkasnya, Satu-Satu mengangkat kisah mengenai orang zaman sekarang yang terlalu ‘laparkan’ perhatian terutama di media sosial.

Liriknya begitu jelas dan tidak tersirat kerana Drama Band sendiri sudah cukup dikenali sebagai band yang suka berterus terang dalam menghasilkan karya mereka.

Ada kelainan yang ditampilkan dalam susunan muzik berbanding lagu mereka sebelum ini. Ada sedikit elemen seperti band dari Thailand yang rancak.

Penampilan AG Coco juga menarik perhatian dengan babak solonya.

Video muzik Satu-Satu juga sangat jelas menyampaikan apa yang ingin disampaikan oleh Drama Band. Mungkin ramai yang menganggap mereka menyindir usahawan terkenal itu kerana ada beberapa babak yang menunjukkan peribadi usahawan itu.

Di bahagian permulaan, Aepul selaku vokalis bercerita mengenai masyarakat hari ini yang terlalu mencuba untuk mendapatkan perhatian sehingga sanggup melakukan perkara mengaibkan diri sendiri.

Sejak dilancarkan pada 18 November lalu, video muzik Satu-Satu sudah mencecah jumlah tontonan sehingga lebih 579,000 di YouTube.

Lagu: Satu-Satu

Penyanyi: Drama Band dan AG Coco

Komposer: Drama Band

Lirik: Drama Band

Terbitan & edaran: MVM Production Sdn Bhd

VIDEO muzik Satu-Satu mencecah tontonan lebih 579,000 di YouTube sejak dilancarkan 18 November lalu.
VIDEO muzik Satu-Satu mencecah tontonan lebih 579,000 di YouTube sejak dilancarkan 18 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 November 2019 @ 5:15 AM