BARISAN finalis AJL 34.
BARISAN finalis AJL 34.
Sudirman Mohd Tahir


KETUA juri Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), Azmeer menyifatkan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang bakal berlangsung pada Februari tahun depan sebagai ‘power final’.

Ia berdasarkan pemilihan 12 lagu yang layak ke AJL selepas 30 lagu dipertandingkan pada tiga peringkat separuh akhir.

“Saya bersama juri lain menyifatkan ini ‘power final’ dan melihat ia bakal menjadi persembahan akhir yang hebat. Semua lagu yang terpilih adalah terbaik berdasarkan komposisi melodi dan lirik.

“Kalau ikutkan saya sebenarnya merayu supaya produksi tambah lagi satu lagu supaya menjadi 13. Kalau ikutkan ada 20 lagu baik. Namun, kami hanya dibenarkan memilih 12,” katanya.

Dalam masa sama, Azmeer dan juri lain sepakat memilih empat kumpulan atau band berdasarkan kualiti lagu mereka iaitu Drama Band menerusi lagu Drama, Akim & The Majistret (Rampas), Kugiran Masdo (Dinda) dan Hazama & The Penglipurlara (Peneman).

NAIM Daniel.
NAIM Daniel.

“Sebenarnya tak ada alasan kenapa empat band. Bagi saya lagu yang baik, patut dipilih. Juri berasakan empat band ini memang layak ke akhir atas dasar persembahan, lagu, lirik dan nyanyian,” katanya.

Lapan lagi lagu yang bakal beraksi di AJL34 ialah Sumpah (Naim Daniel), Sumpah (Aina Abdul), Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), Ku Bersuara (Ernie Zakri), Anta Permana (Datuk Seri Siti Nurhaliza); Ragaman (Faizal Tahir) dan Lembah Kesepian (Haqiem Rusli) dan Bangun (Aman RA).

ERNIE Zakri.
ERNIE Zakri.

KUGIRAN Masdo.
KUGIRAN Masdo.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 November 2019 @ 8:11 AM